top of page
Search

Statut Rom dan Kekebalan Raja

KERAGUAN mengenai bidang kuasa Statut Rom telah dibangkitkan semula mutakhir ini. Statut Rom dikatakan bakal merampas kekebalan raja‐raja Melayu dan bakal membahayakan kedudukan orang‐orang Melayu dan Islam serta turut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Umumnya, saya dak bersetuju dengan tuduhan‐tuduhan ini.


Pertama, Perlembagaan Persekutuan dak menyentuh atau memberikan kekebalan atau imuni di bawah undang‐undang antarabangsa atau mana‐mana perjanjian antarabangsa.


Kedua, konsep bahawa raja‐raja kita mempunyai imuni mutlak sudah menjadi suatu perkara yang telah lama berlalu. Pada tahun 1993, pindaan Perlembagaan telah dibuat untuk membenarkan prosiding jenayah dilakukan terhadap Yang di‐Pertuan Agong (YDPA) dan raja‐raja menerusi mahkamah khas. Oleh itu, walaupun di dalam negara sendiri, YDPA dan raja‐raja dak mempunyai imuni mutlak yang boleh melindungi mereka dan boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang jenayah yang dilakukan. Dalam er kata lain, imuni diraja sudah dak lagi wujud di Malaysia sejak 1993.


Ketiga, ICC hanya boleh mengambil ndakan jika negara tersebut enggan atau gagal untuk melakukan penyiasatan dan pendakwaan terhadap orang yang bertanggungjawab dengan jenayah tersebut. Oleh itu, Statut Rom hanya bersifat sebagai pelengkap kepada keadilan domesk dan dak bertujuan untuk menggankan atau mengatasi mana‐mana agensi penyiasatan Malaysia dan mahkamah khas di Malaysia sekiranya seseorang raja terlibat.



Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim mendakwa bahawa dengan menandatangani Statut Rom akan meletakkan Agong dalam risiko untuk diseret ke ICC. Baginda juga menyatakan pendapat baginda bahawa ada siapa yang dikecualikan daripada tanggungjawab jenayah di bawah Statut Rom, dan status mereka sebagai raja dak akan menghalang ICC daripada menjalankan bidang kuasanya. Biarpun kita faham akan kegusaran ini, YDPA atau raja‐raja dak akan diseret ke ICC seandainya benar mereka ada melakukan jenayah antarabangsa yang termaktub dalam Statut Rom, jika Malaysia telah melakukan siasatan dan pendakwaan terlebih dahulu. Ini konsep utama yang perlu difahami.


Keempat, kebarangkalian untuk YDPA bertanggungjawab secara individu untuk jenayah perang agak pis. Walaupun YDPA adalah Panglima Ternggi Angkatan Tentera, namun sebagai raja berperlembagaan kuasa baginda amat terbatas. Malah, YDPA dak diberikan kuasa mutlak untuk mengisyharkan perang, kerana baginda menjalankan tugasnya seper yang disarankan oleh perdana menteri. Lantas, sekiranya ada berlaku sebarang jenayah antarabangsa, perdana menteri, Kabinet atau jeneral tentera yang akan bertanggungjawab secara langsung terhadap sebarang jenayah perang tersebut. Statut Rom akan berkuat kuasa bermula 1 Jun 2019 ini. Biarpun diskusi mengenai isu ini masih begitu panas didebatkan, kerajaan dak menunggu lama untuk menyertai Statut Rom. Malaysia, melalui Menteri Luar Negara, telah mendepositkan atau menyerahkan instrumen penyertaan kepada Seausaha Agung Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu pada 4 Mac yang lalu. Kita agak kurang faham kenapa mesti tindakan untuk menyertai Statut Rom ini dilakukan secara tergesa‐gesa tanpa memberikan penjelasan penuh kepada Majlis Raja‐Raja dan rakyat.


Biarpun tindakan menyertai Statut Rom ini adalah tindakan yang bagus, namun pihak kerajaan seharusnya mengadakan konsultasi awam atau sekurang‐kurangnya memberikan penjelasan kepada Majlis Raja‐Raja mengenai status mereka dalam Statut Rom. Jika penjelasan yang baik telah diberikan kepada Majlis Raja‐Raja, sudah tentu dak akan ada keluar sebarang kenyataan yang dak sedap didengar daripada mana‐mana keluarga diraja seper mana yang berlaku hari ini. Ingin saya tegaskan bahawa Statut Rom sebenarnya dak bertentangan dengan Perlembagaan, dak akan menjejaskan hak dan kedudukan Bumiputera dan Islam, serta dak juga akan mencemar kemuliaan instusi diraja di negara ini.


Sebenarnya, Statut Rom, instusi diraja dan Perlembagaan boleh saling wujud dengan harmoni tanpa percanggahan antara satu sama lain. Malah, Malaysia turut boleh memainkan peranan penng dalam mencapai keamanan dan kesejahteraan dunia melalui komitmen yang wujud dalam Statut Rom ini.


Oleh: Haeme Hashim


Diterbitkan oleh Sinar Harian, 26 Mac 2019.

28 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page